MagMyPic


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com


Friday, June 26, 2009

End journey of MJ

tgh bfast kat kafe pagi td kuar la kat tv mengatakan michael jackson (MJ) telah meninggal dunia. rupa2nya kwn2 ummi dh dgr dlm berita..ummi buka radio tp tak dengar la pulak berita tu...ye la..dr rumah..hantar ammar...gi maktab..tak sampai pun 5 minit...mana nk terdengar berita tu....

mesti peminat2 Jacko nie meraung2kan...ummi ingat lg kawan ummi si enon tu..mmg gila hbs la dgn Jacko nie..non..ko mesti nangis sedu2 kan..hehehhe

org kata Jacko nie dh masuk islam dengan nama Mikhail..betul ke ek.....nnti la google cari..hari nie busy sbb ptg nnti ada Majlis Anugerah.........

Thursday, June 25, 2009

Susu Soya.......Bagus ke

dulu lagi ummi dh tahu yg susu formula baby soya based tak la berapa elok diberi kepada baby. Ummi tahu dr pengalaman kawan ummi yg bg anak dia susu soya based nie. dia terpaksa bg susu soya based sbb anak dia alah laktosa protien susu lembu..disebabkan 100% susu soya based anak dia agak lembik...lembik dlm erti kata kalau main2 dgn kawan2...terlanggar sikit je anak dia mesti jatuh...anak dia tak kuat mcm org lain..

yesterday newspaper ada artikel ttg susu soya nie..ok nie ummi attach kan artikel tu

Tiada bukti saintifik susu soya sesuai untuk pembesaran bayi

SURAT ini ditulis atas kebimbangan terhadap berleluasanya aktiviti pengiklanan mengenai kebaikan susu formula bayi berasaskan kacang soya di media massa. Kami sebagai pakar perubatan kanak-kanak, ingin menerangkan dengan terperinci mengenai kesan atau keadaan di mana penggunaan susu soya boleh disyorkan berdasarkan kepada maklumat saintifik terkini. Susu ibu adalah pilihan terbaik untuk bayi yang sedang membesar. Sekiranya, penyusuan susu ibu tidak dapat diteruskan atas sebab tertentu, susu formula bayi berasaskan protein lembu adalah pilihan alternatif yang disyorkan. Protein soya adalah berasal dari sumber tumbuhan.

Secara amnya, kualiti protein dari sumber tumbuhan adalah lebih rendah berbanding kualiti protein dari sumber susu manusia atau dari sumber susu lembu. Ia disebabkan kekurangan sesetengah jenis asid amino yang amat diperlukan untuk pertumbuhan fizikal yang sihat. Tambahan pula, susu soya mengandungi kandungan aluminium dan "phyto-oestrogens" berlebihan yang kesan jangka panjangnya terhadap tubuh badan manusia masih belum diketahui dengan terperinci buat masa ini.

Banyak badan profesional seperti Akademi Pediatrik Amerika, Persatuan Gastroenterologi dan Nutrisi Pediatrik Eropah serta Persatuan Perubatan Australia tidak mengesyorkan penggunaan susu berasaskan protein soya kepada bayi pramatang dan bayi berusia kurang dari enam bulan. Penggunaan susu soya hanyalah terhad kepada kanak-kanak yang menghidapi penyakit 'Galactosaemia' iaitu sejenis penyakit metabolik yang jarang berlaku dan kanak-kanak yang menghadapi masalah 'Isolated Lactose-intolerance' iaitu ketidakbolehan menghadamkan gula laktosa yang terkandung di dalam susu lembu dan manusia. Kami juga turut melihat trend penggunaan susu soya sebagai susu gantian ketika berlaku cirit-birit. Susu soya dipercayai boleh memendekkan tempoh jangka masa cirit-birit. Ingin ditegaskan bahawa setakat ini, tiada bukti saintifik menyokong kenyataan di atas. Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan kepentingan strategi memastikan pengambilan cecair dan elektrolit yang mencukupi ketika cirit-birit.

Penggunaan susu berasaskan protein soya hanya terhad untuk jangka masa pendek kepada kanak-kanak yang disahkan mempunyai masalah menghadamkan gula laktosa disebabkan cirit-birit (secondary lactose intolerance) dan tidak perlu disambung penggunaannya untuk tempoh jangka masa panjang. Susu berasaskan protein soya juga sering disyorkan kepada bayi yang mempunyai masalah radang perut atau kolik oleh ramai pengamal perubatan. Realitinya, tiada bukti saintifik menyokong amalan berkenaan. Tambahan pula, masalah kolik di kalangan bayi tidak memerlukan sebarang rawatan spesifik kerana masalah ini tidak berbahaya dan akan pulih dengan sendirinya. Penggunaannya di dalam rawatan asma adalah satu lagi keadaan di mana susu berasaskan protein soya digunakan tanpa indikasi tepat. Sekali lagi, tiada bukti saintifik yang menyokong amalan ini.

Peranan susu berasaskan protein soya di dalam rawatan masalah alahan kepada protein lembu tidak dapat dinafikan, tetapi ingin ditegaskan di sini bahawa masalah alahan protein lembu jarang berlaku dan sekiranya berlaku, penggunaan susu berasaskan protein soya hanya terhad untuk bayi berusia 6 bulan ke atas yang disahkan oleh pakar perubatan bahawa bayi mempunyai masalah ini. Kami berharap penerangan yang diberikan dapat meningkatkan pemahaman masyarakat mengenai peranan susu berasaskan protein soya. Ia adalah satu sumber nutrisi alternatif, tetapi penggunaannya terhad kepada keadaan tertentu saja.

PROFESSOR DR LEE WAY SEAH,
Presiden Kolej Pediatrik Akademi Perubatan Malaysia.

DR SOO THIAN LIAN,
Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia.

BPA-What is it?

nie ada a few aricles about BPA..ummi google dari www.momknowsbest.com
tak salah ummi avent dh ada free BPA bottle..last week gi tgk kan manjaku seremban mcm dh ada tp mcm ingat2 lupa la...

BPA is an abbreviation for Bisphenol-A. BPA is an ‘ingredient’ used in the chemical compound that lines the inside of food containers such as canned goods and cartons for liquids like milk and juice. It also is the major building block in Polycarbonate plastic. Plastics with the number 7 on the bottom of the container.

How Does it affect me?
BPA acts as an environmental estrogen and once it is ingested it can disrupt proper hormone functioning, alter genes and interferes with normal physical and behavioral development.

Products to stay away from
Hard clear plastic, usually indicated as a number 7 plastic on the bottom, that contains BPA.
All plastic numbered 3 and 6. Number 3 (PVC) and Number 6 (Polystyrene) are also known to leach harmful chemicals
Canned foods, especially canned formula, that are lined with BPA
Plastic toys

Tuesday, June 23, 2009

BPA..

ummi baca dlm blog mama aisyah..pasl bpa nie..Avent pun ada BPA..so kena tkr la botol susu ammar nie...ada apa2 cadangan dari kawan2?

Friday, June 12, 2009

oh kome..durian udah luruh

hahaha...dh sampai musin durian....ummi adalh pencinta durian...kt umah kg ada kebun kat belakang and ada la beberapa btg pokok dian...tp malangnya...semua jadi habuan sang monyet..

kat belakang kebun tu ada sebatang sungai..jgn ada la yg berharap nk mandi manda di sana..air dia adalh parat buku lali..ammar pun tak tenggelam kalau masuk dlm sungai tu..lepas sungai adalah hutan belantara yang sgt subur dn tebal..ha..dr situ lah sang monyet tu dtg...

tp masih ada lg beberapa btg yg betul2 belakang umah..yg tu boleh kata selamat la sikit kan..kalau yg dalm kebun tu mmg langsung tak ada harapan tau. Tapi hari tu atok ammar kata ada seekor tupai besar yang belang putih pulak..bukan ke itu tupai yg kentut busuk tu...apatah namanya...yg sekor tu pulak dok ngintai pokok kat blkg umah tu...haiiipppppppppp...dian tu ummi punya..jgn ambik...

last 3 days uwan ammar buat santan dian..korang penah mkn? lupa la nk ambik gambo...tak sempat pun..siap je santan dian tu terus semua ngap...santan dian nie tak leh mkn ngan lauk lain..mkn dia aje ngan nasi. so mmg tak de lauk lain la..time tu pulak si amat balik..si amat nie tak mkn dian..tension je member...kita org gelak sakan bila dia bukak tudung saji..si acu kata tu la time lauk bnyk tak balik...last2 goreng burger n nuget aje. ye la nk kuar dh mlm...maleh la masing2 nk bersiap kuar

try bg ammar mkn dian sikit..dia luahkan balik..ayo la anak ummi nie..tak pe..balik pontian ajak ayah ammar cr dian...i love dian............

Tuesday, June 9, 2009

hikhik..

tak ghoti dh nk letak tajuk apa...ummi kat bangi dh skrg nie..masuk kelas lg..next week habis..so next week jumpa balik anak-anak ummi kat maktab.

skrg tgh busy gak..dok ikut acu berbusiness..ngan ummi sekali terlibat..takpe la..bukan wat benda jahat pun kan..

nk citer hal ammar..maksu kata ammar seharian berjalan aje kat umah dia..takde seminit pun duduk diam...mmg pun mlm2 pun mcm tu..asyik berjalan aje..tak nk tido siang dh skrg nie..tp malam2 masih nk main..hari tu sampai terhuyang-hayang dia berjalan...dh ngantuk tp tahan mata...nakal skrg nie...duk kg nie bnyk lak dia mkn..bagus2...bnyk mkn kurang susu..susu kan mahal..hehehehe...dokut-dokut la ummi yo nie...

gambar ammar nnti ek...tk transfer ke lappy lg....

Tuesday, June 2, 2009

hotstuff..

nak beli baju untuk anak2 yang branded with affordable price?

sila ke http://hotstuffprettylicious.blogspot.com

time by time barang akan diupload..any inquiries boleh email ke famz_buzz@yahoo.com

barang semua adalah baru dan original..pasti puas hati..

Di bangi

ha..skrg ummi di bangi..buat apa?..apa lg masuk kelas DPLI la...minggu nie kelas teknologi so best la main ngan komputer..

ok citer terbaru ammar semenjak balik kg? rambut yo dh pendek..mcm askar..atok n uwan yg bw gi potong kat kedai..makin tembum pipi ammar bila rambut dh pendek nie..gambar nan ado la..nnti la ummi upload gambar terbaru ammar