ada antara kita yang punya anak susah nk tido mlm..pada mommies yg kerja ia mmg satu masalah yang agak berat...berat mata..huhuhu..so nie ummi jumpa sedikit tips utk mommies.. mcm si ammar yg susah tido mlm...ummi ngantuk la nak...tp skrg dh tahu rahsianya..ammar nk golek2 atas katil dlm sejam..n bg susu ...garu2 kepala botak yo..tak lama lepas tu lolap la yo.. (tu pun selepas terantuk kepala 2-3 kali..nasib tak nangis..lasak)
FAKTABayi dan waktu tidur:
# Secara umumnya, bayi baru lahir tidur antara lapan hingga sembilan jam pada waktu siang dan lapan jam pada waktu malam.
# Kebanyakan bayi tidak tidur terus (enam hingga lapan jam) pada waktu malam sehingga mereka berumur tiga bulan.
# Walaupun bayi memerlukan tidur yang banyak, satu perkara perlu diberi perhatian iaitu dalam usia lima hingga enam minggu pertama, jangan biarkan si kecil tidur melebihi lima jam.
# Jika bayi tidur melebihi lima jam, kejutkan untuk diberi susu. Bayi yang lahir tidak cukup bulan perlu diberi perhatian lebih kerana sesetengahnya memerlukan penyusuan lebih kerap. Usah teragak-agak untuk mengejutkannya daripada tidur kerana mereka perlu diberi susu.
# Bayi tidak dapat menentukan waktu tidur dan bangun mereka. Bagaimanapun, ibu bapa boleh membantu mereka tidur dengan mengenal pasti bila si kecil mengantuk, mengajarnya tidur sendiri dan menyediakan persekitaran sesuai, selesa serta selamat untuk tidur.
# Otak bayi mengambil masa beberapa minggu untuk menerima isyarat perbezaan antara siang dan malam. Malangnya, sehingga kini tiada cara untuk mempercepatkan penerimaan isyarat itu melainkan membentuk rutin tidur secara konsisten.
Cara membantu bayi untuk tidur
# Bukan semua bayi tahu tidur sendiri. Apabila sampai waktunya, kebanyakan ibu bapa mendodoi atau menyusukan anak supaya dia terlena. Membentuk rutin tidur adalah tindakan baik.
# Elakkan bayi terlena dalam dakapan anda kerana jika terbiasa, bayi menganggap mereka perlu didakap jika mahu menyuruh mereka tidur.
# Apabila terjaga, bayi mungkin tidak boleh tidur balik dengan sendiri dan memerlukan bantuan anda untuk menidurkan mereka semula.
# Pakar menyarankan supaya membiarkan bayi mengantuk dalam dakapan dan pindahkan ke katil ketika mereka masih terjaga. Cara ini secara tidak langsung membolehkan bayi belajar untuk tidur sendiri.
# Selain itu, memainkan muzik lembut ketika bayi mengantuk boleh membantu membentuk rutin tidur si kecil.
# Ibu bapa boleh membentuk tidur malam yang baik dengan tidak memberi rangsangan ketika makan malam atau menukar lampin.
# Pada masa sama, malapkan cahaya lampu dan tahan keinginan untuk bercakap atau bermain dengan bayi.
Wedding and Fraser's Hill
4 years ago
3 comments:
erm...bagus lah entry ni...banyak info berguna...
nanti boleh amik tips2 ni guna utk anak2...
thanks ita...
no problem..every mommies mesti faced problem ni kan..tak tahan mata oo
Salam Ita
Berguna info yang ita bagi ni..terutama untuk orang yang nak baby lagi...macam saya ni..huhuhu
Faradila yang tersenyum @ tersengeh tu faradila IPB ke? Kalau betul kirim salam kat dia ye..Wish selamat Pengantin Baru kat dia...
Post a Comment